Thursday, March 17, 2011

Kehakiman: Bidang kuasa Mahkamah Syariah


GLC diseru jelaskan zakat perniagaan

KUALA LUMPUR 17 Mac - Syarikat milik kerajaan (GLC) diminta menjelaskan zakat perniagaan masing-masing supaya kutipan tersebut dapat digunakan untuk membantu pembangunan masyarakat di negara ini.
Menurut Pengerusi MAIWP, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, terdapat 194 GLC di negara ini namun, hanya 45 daripadanya membuat pembayaran pada tahun lalu.
"Pusat Pungutan Zakat MAIWP menyasarkan untuk meningkatkan 10 peratus kutipan zakat pada tahun ini khususnya zakat perniagaan daripada GLC," katanya pada Majlis Penyerahan Wang Zakat Lembaga Tabung Haji di sini semalam.
Sebanyak RM5.7 juta zakat perniagaan tahun ini diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ismee Ismail kepada Pengerusi Pusat Pungutan Zakat MAIWP, Datuk Mustafa Abd. Rahman.
Sementara itu, Jamil Khir berkata, setakat Januari ini, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) berjaya mengutip zakat peniagaan sebanyak RM799,731.10.
Menurutnya, peningkatan 42 peratus daripada RM563,519.17 pada Januari tahun lalu itu adalah berikutan pertambahan 23 peratus bilangan pembayar daripada 145 kepada 179 orang.
Katanya, sebanyak 26 program bantuan berbentuk keperluan jangka pendek dan jangka panjang akan dijalankan MAIWP melalui Baitulmal-MAIWP untuk mereka yang layak menerima zakat tersebut.
Menurutnya, bantuan jangka panjang adalah dalam bentuk pendidikan seperti penubuhan Institut Profesional Baitulmal (IPB) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB).
Sementara bantuan jangka pendek pula jelas beliau, termasuklah bantuan keperluan asas seperti perlindungan, makanan, pakaian dan perubatan.

Utusan online 17/3/2011

No comments:

Post a Comment