Perundangan



ADUN Lenggeng dipenjara tiga tahun kes rasuah


2011/04/02 Berita harian online

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim, 53, dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000, oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah menerima rasuah RM2,000 daripada seorang kontraktor pada 2008. 

Hakim Amran Jantan, bagaimanapun, membenarkan pelaksanaan hukuman penjara ditangguhkan sehingga rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi.

Mustafa, 53, didakwa menerima suapan RM2,000 daripada M Manimaran sebagai dorongan mengeluarkan surat sokongan berkaitan projek pasir di Restoran Jahrin Maju, Taman Bunga Raya 2, Mantin, dekat sini pada 5 petang, Ogos 2008.
ADUN Barisan Nasional itu didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda lima kali ganda daripada jumlah suapan atau minimum RM10,000. 

Dalam penghakimannya, Amran berkata, Mahkamah tidak boleh memberi hukuman lebih ringan kerana kesalahan dilakukan tertuduh serius, lebih-lebih lagi kes itu membabitkan kepentingan awam. 

“Hukuman ini sesuai dan wajar bagi kesalahan dilakukannya, kerana jika hukuman lebih ringan dikenakan maka ia akan memberi gambaran salah kepada masyarakat seolah-olah mahkamah tidak serius. 

“Matlamat kerajaan untuk memerangi rasuah seperti terkandung dalam enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) tidak akan tercapai jika hukuman ringan diberikan kepada tertuduh,” katanya. 
Mustafa yang memakai sut hitam dan kemeja putih diwakili peguam Datuk Taqiyuddin Yahya dan Fiesal Mustapha manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Jasmi Buang dan Fieza Fazlin Fandi. 

Sementara itu, Mustafa yang dikerumuni jurugambar media sebaik keluar dari mahkamah, berkata beliau akan membuat rayuan. 

“Saya akan buat rayuan,” katanya ringkas sambil bergegas ke kereta Toyota Harrier miliknya. 




Persempadanan: SPR tunggu masa 


2011/04/02

Kawasan baru pilihan raya ambil dua tahun 

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melaksanakan proses persempadanan semula bahagian pilihan raya Parlimen dan negeri selepas kali terakhir ia dilaksanakan pada Mac 2003.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata persempadanan semula itu perlu dilakukan sekurang-kurangnya selepas lapan tahun selaras dengan peruntukan Perkara 113 (2) Perlembagaan Persekutuan.
“SPR sudah boleh mula sekarang tetapi SPR sedang menunggu masa yang sesuai serta lapang kerana sebaik tarikh urusan persempadanan ditetapkan ia perlu diselesaikan dalam tempoh dua tahun," katanya dalam temuramah dengan BERNAMA dan RTM di sini, semalam. 

Abdul Aziz berkata, selepas lima kali urusan persempadanan dijalankan, belum ada sebarang pelanggaran Prinsip-Prinsip Persempadanan yang ditetapkan oleh Perlembagaan dilakukan SPR. 

"Apa yang dilakukan SPR seboleh-bolehnya sesuatu bahagian pilihan raya itu sama ada Parlimen atau negeri diletakkan dalam satu daerah pentadbiran yang sama kecuali bagi beberapa bahagian pilihan raya tertentu yang mana jumlah pemilih berkurangan," katanya. 

Bagi masalah itu, Abdul Aziz berkata, SPR terpaksa mewujudkan satu bahagian pilihan raya Parlimen dari dua daerah pentadbiran berlainan terutama di bahagian pilihan raya Parlimen di Sabah dan Sarawak, namun tindakan itu dianggap tidak melanggar Prinsip-Prinsip Persempadanan. 
Ditanya mengenai negeri mana yang perlu menjalani persempadanan, beliau berkata semua negeri dilihat perlu menjalani proses itu, secara kasarnya di negeri-negeri yang mempunyai Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai jumlah kerusi yang genap. 

“Jadi SPR mengalu-alukan sebarang cadangan daripada semua pihak mengenainya. Semua pihak termasuk parti politik boleh memberikan cadangan atau saranan untuk dipertimbangkan, namun keputusan muktamad di tangan SPR," katanya. 

Beliau berkata, empat prinsip persempadanan yang ditetapkan ialah kemudahan diadakan bagi pemilih mengundi ketika pilihan raya dan bahagian pilihan raya tidak melanggar sempadan negeri. 

Kedua, mengambil kira kemudahan pentadbiran yang boleh didapati dalam bahagian pilihan raya itu untuk mengadakan jentera yang perlu bagi pendaftaran dan pengundian. 

“Jumlah pemilih yang seimbang bagi setiap bahagian pilihan raya dalam sesuatu negeri kecuali apabila terdapat kesukaran perhubungan dan pengangkutan yang dihadapi di luar bandar, luas bahagian pilihan raya patut diberi pertimbangan selain mengekalkan hubungan masyarakat tempatan," katanya. 

Bagaimanapun, Abdul Aziz berkata, proses persempadanan semula itu masih bergantung kepada persetujuan dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat untuk kerusi Parlimen dan Dewan Negeri bagi kerusi DUN. 




Dr. Mashitah dilantik semula jadi Ahli Dewan Negara

21/03/2011 2:41pm Utusan online 

KUALA LUMPUR 21 Mac — Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang dilantik semula sebagai Ahli Dewan Negara bagi satu penggal lagi, hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Ketika mengalu-alukan pelantikan semula Dr Mashitah itu, Abu Zahar berharap beliau dapat meneruskan perkhidmatan dengan bertanggungjawab dan menunjukkan prestasi yang baik dan berkredibiliti dalam memantap dan memasyarakatkan Dewan yang mulia.
Abu Zahar juga mengingatkan semua ahli Dewan Negara supaya tidak terlalu beremosi ketika berada di dalam dewan yang boleh merosakkan nilai dan pengaruh Dewan Negara.
Upacara mengangkat sumpah itu turut disaksikan 19 Ahli Dewan Negara antaranya ialah Senator Datuk Mustaffa Kamal Mohd Yusoff dan Senator Datuk Daljit Singh Dalliwal. — Bernama



Lanun Somalia mengganas di Teluk Aden


2011/01/23

SERANGAN lanun ke atas dua kapal tangki, MT Bunga Laurel dan Samho Jewelry, masing-masing dari Malaysia dan Korea Selatan dalam tempoh 24 jam di Laut Arab berhampiran Teluk Aden, Somalia, Khamis lalu mengejutkan banyak pihak di seluruh dunia. 

Walaupun serangan berjaya digagalkan pasukan komando tentera kedua-dua negara yang ditugaskan mengiringi kapal terbabit, insiden itu harus dijadikan kayu pengukur mengenai tahap keselamatan di kawasan perairan berkenaan, lebih-lebih lagi ia sebahagian laluan perkapalan utama dunia.

Insiden MT Bunga Laurel dan Samho Jewelry hanyalah sebahagian daripada kejadian membabitkan serangan lanun Somalia yang sememangnya digeruni setiap anak kapal yang melalui perairan itu kerana kekejaman mereka, malah sanggup membunuh jika berasa terancam atau permintaan mereka tidak dipenuhi.


Kumpulan lanun terbabit juga digeruni kerana kecekapan memintas dan merampas mana-mana kapal yang menjadi sasaran mereka menggunakan pelbagai peralatan canggih, termasuk bot laju yang dilengkapi sistem komunikasi terkini dan senjata api, selain didorong keberanian bertempur. 

Ia bukan sesuatu menghairankan kerana media antarabangsa sebelum ini pernah melaporkan kumpulan lanun terbabit kebanyakannya bekas pegawai dan anggota pengawal pantai, selain tentera laut negara itu yang bukan saja terlatih, malah cukup mahir dengan selok-belok Teluk Aden serta perairan berhampirannya. 

Namun, akibat kekangan hidup berpunca daripada perang saudara yang berlanjutan sejak berpuluh tahun lalu hingga meruntuhkan sistem kerajaan dan ekonomi Somalia, mereka tiada pilihan kecuali menukar profesion menjadi lanun, merampas kapal dan menuntut wang tebusan semata-mata untuk mencari sumber pendapatan. 

Biarpun sudah beberapa kali misi pengaman dilaksanakan di Somalia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), usaha itu masih gagal mengembalikan kestabilan politik di negara berkenaan, menyebabkan rakyatnya terus dibelenggu kemiskinan tegar dan terpaksa berikhtiar sendiri meneruskan kehidupan, termasuk menjadi lanun. 
Bagi Malaysia, insiden tempoh hari yang berjaya digagalkan Pasukan Khas Laut (PASKAL) bersama kapal auxillary Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), MV Bunga Mas 5 hingga menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bukanlah kes pertama seumpamanya membabitkan kapal dagang negara ini. 

Pada 19 Ogos 2008, kapal tangki milik Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia Bhd (MISC), MT Bunga Melati 2 bersama 39 anak kapal dirampas lanun Somalia di perairan sama kira-kira jam 10 malam, diikuti kejadian kedua selang seminggu kemudian membabitkan kapal MT Bunga Melati 5 bersama 36 anak kapal berhampiran sempadan perairan Yaman. 

Pada 26 November tahun lalu, sebuah lagi kapal kontena Malaysia, MV Albedo yang didaftarkan di Pulau Pinang, bersama 23 anak kapal dirampas kumpulan lanun, dipercayai dari negara sama di Lautan Hindi ketika dalam pelayaran dari Pelabuhan Jebel Ali, Emeriah Arab Bersatu (UAE) ke Kenya. 

Difahamkan, ketiga-tiga kapal ini dibebaskan selepas syarikat pemiliknya membayar sejumlah besar wang tebusan kepada lanun terbabit bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini, termasuk risiko jika kumpulan terbabit bertindak ganas hingga mengancam nyawa anak kapal jika permintaan mereka tidak dipenuhi. 

Namun, ada sekurang-kurang 32 kapal dagang, termasuk kapal tangki dan kapal kontena mengandungi pelbagai muatan bernilai tinggi masih dalam tawanan kumpulan lanun terbabit yang sedang dalam proses rundingan, termasuk pembayaran wang tebusan dengan pemiliknya. 

Sementara itu, Pengarah Pusat Aduan Lanun Biro Maritim Antarabangsa (IMB), Kapten Pottengal Mukundan dalam satu kenyataannya di Kuala Lumpur, berkata dua kejadian yang berlaku kelmarin memberikan petanda awal ancaman lanun semakin serius di Teluk Aden dan perairan berhampirannya. 

Sehingga 31 Disember lalu saja, katanya, sekurang-kurangnya 92 peratus kapal yang melalui perairan itu menghadapi ancaman lanun, dengan 49 kapal dirampas dan 1,016 anak kapal ditawan. 

“Mengikut laporan yang diterima, 28 kapal masih dalam tawanan bersama 638 anak kapal yang dijadikan tebusan sehingga 31 Disember 2010. Hasil pemantauan turut mendapati kumpulan lanun terbabit semakin memperluaskan kawasan operasi mereka dan tidak hanya bertumpu kepada Teluk Aden dan perairan berhampirannya. 

“Malah, maklumat diperoleh menunjukkan mereka pernah beroperasi sehingga ke Terusan Mozambique dan Lautan Hindi. Jika keadaan ini dibiarkan, ia boleh mengancam keselamatan setiap kapal di perairan itu, sekali gus menjejaskan sektor perkapalan yang akhirnya boleh mendatangkan implikasi negatif kepada perdagangan dunia,” katanya. 

Beliau menjelaskan statistik serangan kes lanun menunjukkan peningkatan di luar pesisir pantai Somalia, namun berlaku penurunan mendadak terhadap kes sama di Teluk Aden sepanjang tahun lalu berbanding tahun sebelumnya. 

“Pada 2009, 117 kes serangan lanun dilaporkan di Teluk Aden, namun menurun kepada 53 kes sepanjang tahun lalu. Ini berikutan operasi besar-besaran yang dijalankan pasukan keselamatan dari beberapa negara sejak dua tahun lalu, khusus bagi memberikan perlindungan keselamatan kepada kapal dagang mereka di perairan itu. 

“IMB berpendapatan usaha ini perlu diteruskan ke arah memulihkan tahap keselamatan di Teluk Aden dan perairan berhampiran yang sememangnya berperanan penting terhadap perdagangan dunia. Ini sekali gus mampu memberikan keyakinan kepada syarikat perkapalan untuk terusnya menggunakan laluan itu,” katanya. 

Pada masa yang sama, IMB, sebuah badan pemantau ancaman lanun berpangkalan di United Kingdom turut memberi isyarat ancaman serangan lanun semakin membimbangkan di seluruh dunia, terutama di laluan perkapalan utama dunia dengan menjadikan kapal membawa muatan bernilai tinggi sebagai sasaran utama. 

Ia berikutan sepanjang tahun lalu saja, 445 kes serangan dilaporkan membabitkan 53 kapal dirampas dan 1,181 anak kapal ditawan, termasuk lapan daripadanya dibunuh. 

Ini jelas menunjukkan peningkatan lebih 10 peratus berbanding perangkaan dicatatkan tahun sebelumnya dan apa yang lebih membimbangkan, kes serangan itu tidak hanya membabitkan kapal dagang, termasuk kapal tangki, malah turut mensasarkan feri penumpang dan kapal layar mewah. 

IMB dalam laporan terbarunya turut berpendapat satu-satunya cara untuk menangani ancaman lanun di Somalia, masyarakat dunia dan PBB perlu mengembalikan keamanan, termasuk kestabilan politik dan ekonomi negara itu, sekali gus membentuk satu infrastruktur pentadbiran yang mampu mengekang kegiatan jenayah itu daripada terus berleluasa. 

Kesimpulannya, kelemahan penguatkuasaan akibat ketiadaan sebuah kerajaan yang stabil dikenal pasti faktor utama kegiatan lanun berleluasa di Somalia kerana tiada siapa boleh menghalang mereka ke laut, seterusnya merampas setiap kapal yang melalui perairannya sehingga mencetuskan kebimbangan masyarakat dunia. 

Berita Harian 22/1/2011


In law, West is not really best

Reflecting on the law
By Shad Saleem Faruqi


While most of our law books draw from ‘wisdom’ from the West, there is much about jurisprudence to be learnt from the great Asian civilisations.
WITH the end of the year drawing nigh, thoughts turn to the state of legal education in this country.
Many advances have been made since the inception of the first local law programme at the University of Malaya in 1972. However, some debilitating drawbacks remain. Legal education in this country is too profession-oriented and not sufficiently people-oriented.
It is text-book based rather than experience-based. It is too West-centric. Only the last issue will be addressed in this article.
Course content: Despite 38 years of experimentation, the structure and content of our courses, the choice of core subjects, the categories of thought, the fundamentals, the methods of analysis and research, the history of each subject, the books and the icons all remain Western.
Legal education today is as much a colonial construct as it was during the days of the raj.
Yusef Progler points out that most university courses in Asia follow a similar trajectory. We first identify the great white European or American men of each discipline and then drill their theories and practices as if these were universal.
Centuries of enlightenment in Japan, China, India, Persia and the Middle East is totally ignored.
It is as if all things good and wholesome and all great ideas originated in the crucible of Western civilisation and the East was, and is, an intellectual desert.
> Jurisprudence: In legal philosophy, for example, a book on American or English legal thought is referred to as “jurisprudence”. In contrast, a book on Islamic, Chinese or Hindu legal thought is described with the prefix “Islamic”, “Chinese” or “Hindu” jurisprudence. The assumption is that Western ideas are universal whereas ours are merely parochial.
A typical course on jurisprudence in a Malaysian university begins with Plato, Aristotle, Locke, Austin, Bentham, Hart, Kelsen, Pound, Weber, Ehrlich, Durkheim, Marx, Olivecrona etc.
Titles written by scholars and thinkers from Asia, South America and Africa are nowhere to be found.
The Mahabharata, the Arthashastra, the Book of MenciusAnalects of Confucius and the treatises of Ibn Khaldun, Ghazali, Ibn Rushd, Mulla Sadra, Jose Rizal, Benoy Kumar Sarkar, Yanagita Kunio and Naquib al-Attas do not appear in our syllabi.
In Austinian fashion, the concept of law is tied to the commands of the political sovereign even though most Asians and Africans feel the pull of religion and custom and regard them as part of the majestic network and seamless web of the law.
> Categories of law: The rigid compartmentalisation of knowledge developed in Europe in the 19th century is preserved. As in the West, we separate law from morality, public law from private law and crime from tort even though such artificial dichotomies are alien to our traditions and are often impediments to justice.
In most Asian and Middle Eastern systems, morality is legalised and legality is moralised. The law of crime is also the law of tort. Law relating to rights and duties applies equally in public and private spheres. Such a holistic approach has positive implications for human rights.
> Public law: Generations of students are uncritically led to believe that the seeds of constitutional and administrative law were planted in Europe and North America by such historical documents as the Magna Carta 1215Declaration of the Rights of Man and the Citizen 1789 and theUnited States Declaration of Independence 1776.
What is ignored is that the ideas of limited government and constitutionalism were born in the religious doctrines of the East.
Taking Islam as an example, we can point to the fact that the denial of state sovereignty in Islamic jurisprudence preceded Locke’s and Rousseau’s idea of the limits on state sovereignty by hundreds of years.
The idea of government as a trustee is mentioned in the Holy Qur’an (4:58). The citizen’s duty to obey the law is conditional to the duty of the ruler to obey the Creator.
Locke and Rousseau, Gandhi and Martin Luther King built on this idea to propound the theory of civil disobedience.
In Islamic theory, political as well as socio-economic rights are given legitimacy.
Prophet Muhammad’s sermon at Arafat is one of the world’s greatest human rights declarations. More than 1,400 years ago he spoke about liberty and property, racial equality, women’s rights and the ruler’s subjection to the law.
If his words had been uttered by some Western luminary, they would have adorned the walls of law schools all over the world.
In the Islamic criminal process there is a legal presumption of innocence. Evidence of agents provocateur cannot be used. Religious tolerance is required and pluralism is permitted (2:256, 109:1-6, 10:99). The concept of shura (3:159) or consultation paves the way for a whole regime of consultative processes.
Modern principles of administrative law like natural justice and proportionality have their basis in the Holy Qur’an.
The ombudsman principle attributed to the genius of the Scandinavians was known to Islam through the system of Hisba, the office of the Muhtasib and the existence of Mazalim courts.
Islam’s concept of the universal ummah is in line with the process of globalisation and the growing movement for international citizenship.
The subject of alternative dispute resolution parrots a discourse on arbitration, conciliation and mediation and ignores many indigenous or informal institutions and procedures for resolving discord that existed in our history and can be revived.
The course on Law and Economics studies emerging international protocols but not the clear injunctions in Islam, Christianity, Hinduism and Buddhism on environmental and consumer responsibility.
> International law: The syllabi of public international law courses fail to mention that long before modern humanitarian law built protection for civilians, non-combatants and prisoners of war, many Eastern systems like Islamic international law had already worked out a set of principles for the conduct of war.
Some of these principles exceed the standards of the venerated Geneva Conventions.
Sadly, Malaysian as well as Asian legal education fails to recognise that many of the law’s crowning glories actually originated in the East. Obviously colonialism has left its indelible mark.
> Call for action: There should, therefore, be a concerted effort to re-educate colonised minds; to revisit our syllabi; to substitute imported mental baggage with our own treasury of thoughts.
This indigenisation of our syllabi is not meant to shut out the West but to give to our students a bigger picture of knowledge and to increase their choices.
In the background of pervasive Western intellectual domination, indigenisation would assist a genuine globalisation!
Academic Boards of Faculties, University Senates and accreditation authorities may wish to go beyond form to the actual content of our syllabi and to insist that our garlands of knowledge must be built with flowers from both Eastern and Western gardens.
A helpful site for some Third World titles is www.multiworld.org. There is no dearth of scholars from the South who could be co-opted to advise us on how to tackle the problem of educational enslavement.
The Star 29/12/2010