Wednesday, March 30, 2011

Kehakiman


Minda Pengarang: Pengamal undang-undang tak beretika cemar imej kehakiman negara


2011/03/30 Berita Harian online

APABILA Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah menegur pengamal undang-undang kelmarin, kita percaya teguran baginda itu tentu ada asasnya, berdasarkan meningkatnya kes tertunggak serta beberapa kejadian menyalahi undang-undang membabitkan golongan berkenaan. Teguran ikhlas yang berupa peringatan dan nasihat daripada seorang yang sentiasa mengikuti perkembangan dunia kehakiman dan perundangan negara itu patut dipandang serius dan diberi perhatian sewajarnya agar segala kelemahan dan kekurangan dalam profesion berkenaan dapat diperbaiki segera. Raja Dr Nazrin kelmarin menasihatkan pengamal undang-undang supaya tidak mempersendakan mahkamah termasuk melengahkan perbicaraan. Baginda yang menyifatkan bidang perundangan sebagai profesion yang dipandang mulia dan mempunyai peradaban, kesopanan dan etika tersendiri tidak sepatutnya dicemari oleh sikap pengamal undang-undang dengan melengahkan perbicaraan atau cuba dengan sengaja menyusahkan pihak lawan. Seperti juga bidang perubatan, perakaunan dan bidang profesional lain, pengamalnya hendaklah mematuhi peraturan dan etika yang dirangka oleh profesion berkenaan sendiri. Namun bidang guaman jika dilaksanakan dengan profesional, boleh menegakkan keadilan kepada pihak yang membuat tuntutan di mahkamah. 

Sebelum ini laporan media massa banyak membangkitkan mengenai kes mahkamah yang tertunggak di negara ini. Sesetengah kes mengambil masa terlalu lama diselesaikan, sehingga pernah wujud satu kes berhubung pemecatan seorang kakitangan kerajaan yang mengambil masa sehingga lebih 26 tahun untuk diselesaikan. Berikutan kes itu, pihak mahkamah meminta pihak berkuasa menetapkan tempoh masa bagi penyelesaian sesuatu kes bagi mengelak berulangnya kes sedemikian. Dalam hubungan ini, semua pihak berkaitan perlu memainkan peranan dan bersedia menjalankan kes sehingga selesai, termasuk mahkamah, peguam bela dan pendakwa raya. Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi pernah dilaporkan sebagai berkata, berdasarkan kajian selama sebulan oleh mahkamah di Semenanjung, 80 peratus penangguhan kes sering dilakukan oleh pihak tertuduh, peguam atau pendakwa raya. Jika ini menjadi puncanya, maka adalah wajar pihak yang dituduh melakukan pemilihan peguam yang sanggup mewakilinya dengan berkesan serta mampu mengendalikan kes berkenaan kerana andainya peguam yang dilantik tidak mampu membela tertuduh, perbicaraan akan terganggu dan akhirnya ditangguhkan.

Monday, March 21, 2011

PERUNDANGAN


Dr. Mashitah dilantik semula jadi Ahli Dewan Negara

21/03/2011 2:41pm Utusan online

KUALA LUMPUR 21 Mac — Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang dilantik semula sebagai Ahli Dewan Negara bagi satu penggal lagi, hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Ketika mengalu-alukan pelantikan semula Dr Mashitah itu, Abu Zahar berharap beliau dapat meneruskan perkhidmatan dengan bertanggungjawab dan menunjukkan prestasi yang baik dan berkredibiliti dalam memantap dan memasyarakatkan Dewan yang mulia.
Abu Zahar juga mengingatkan semua ahli Dewan Negara supaya tidak terlalu beremosi ketika berada di dalam dewan yang boleh merosakkan nilai dan pengaruh Dewan Negara.
Upacara mengangkat sumpah itu turut disaksikan 19 Ahli Dewan Negara antaranya ialah Senator Datuk Mustaffa Kamal Mohd Yusoff dan Senator Datuk Daljit Singh Dalliwal. — Bernama

Thursday, March 17, 2011

Kehakiman : Peguam Syariah


Friday March 18, 2011

KL Syarie lawyers must be Muslims

By M. MAGESWARI
mages@thestar.com.my

Kehakiman: Bidang kuasa Mahkamah Syariah


GLC diseru jelaskan zakat perniagaan

KUALA LUMPUR 17 Mac - Syarikat milik kerajaan (GLC) diminta menjelaskan zakat perniagaan masing-masing supaya kutipan tersebut dapat digunakan untuk membantu pembangunan masyarakat di negara ini.
Menurut Pengerusi MAIWP, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, terdapat 194 GLC di negara ini namun, hanya 45 daripadanya membuat pembayaran pada tahun lalu.
"Pusat Pungutan Zakat MAIWP menyasarkan untuk meningkatkan 10 peratus kutipan zakat pada tahun ini khususnya zakat perniagaan daripada GLC," katanya pada Majlis Penyerahan Wang Zakat Lembaga Tabung Haji di sini semalam.
Sebanyak RM5.7 juta zakat perniagaan tahun ini diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ismee Ismail kepada Pengerusi Pusat Pungutan Zakat MAIWP, Datuk Mustafa Abd. Rahman.
Sementara itu, Jamil Khir berkata, setakat Januari ini, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) berjaya mengutip zakat peniagaan sebanyak RM799,731.10.
Menurutnya, peningkatan 42 peratus daripada RM563,519.17 pada Januari tahun lalu itu adalah berikutan pertambahan 23 peratus bilangan pembayar daripada 145 kepada 179 orang.
Katanya, sebanyak 26 program bantuan berbentuk keperluan jangka pendek dan jangka panjang akan dijalankan MAIWP melalui Baitulmal-MAIWP untuk mereka yang layak menerima zakat tersebut.
Menurutnya, bantuan jangka panjang adalah dalam bentuk pendidikan seperti penubuhan Institut Profesional Baitulmal (IPB) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB).
Sementara bantuan jangka pendek pula jelas beliau, termasuklah bantuan keperluan asas seperti perlindungan, makanan, pakaian dan perubatan.

Utusan online 17/3/2011

Tuesday, March 15, 2011

CUTI-CUTI BELAJAR

SMK KEPONG
UNIT PENGAJIAN AM
PROGRAM CUBE : MAC 2011

ü Tugasan:  FOLIO BERITA PENTADBIRAN
ü Jenis Tugasan: Individu
ü Penerangan:

A.   Arahan tugasan
1.     Dapatkan keratan akhbar dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu:
- minimum 3 keratan berita mengenai Kerajaan Persekutuan
-minimum 3 keratan berita mengenai mana-mana  Kerajaan Negeri
-minimum 3 keratan  berita mengenai mana-mana Kerajaan Tempatan
2.     Gunting dan lekatkan dalam folio anda mengikut kelasnya (Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, dan Kerajaan Tempatan)
-satu berita satu muka surat.
-tuliskan sumber berita tersebut (Contoh: Berita Harian 10/3/2011)
3.     Tulis (dengan tangan) ulasan / rumusan  mengenai setiap berita tersebut dengan menggunakan lebih kurang 50 patah perkataaan dalam Bahasa Melayu di ruangan bawah berita.

B.   Muka depan folio hendaklah mengandungi maklumat:
- nama sekolah
- nama mata pelajaran (Pengajian Am)
-tajuk tugasan
-nama guru subjek
-nama pelajar dan kelas
* tulisan tangan atau bertaip.
C.   Kandungan folio
1.     Muka depan
2.     Muka surat kandungan
3.     Berita-berita dan ulasannya

D.     Tarikh hantar: 21 Mac 2011.