Thursday, December 23, 2010

Kertas 2: Bahagian C

“…Perkataan “Hormon” begitu sinonim dengan proses tumbesaran  manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Hormon ialah bahan biokimia yang dihasilkan daripada semua kelenjar di dalam badan kita.  Semua orang maklum bahawa hormon memainkan peranan penting dalam mengawal keseimbangan sistem dalam badan kita . Ketidakseimbangannya boleh menyebabkan pelbagai masalah yang ada kalanya sukar untuk dirawat atau dicegah walaupun dengan perubatan moden. “

(Di petik dan diubahsuai daripada Dewan Kosmik, “Gangguan Paras Hormon”, Mac 2009)

i.                    Apakah peranan penting hormon dalam badan manusia.?
ii.                  Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan ,jelaskan punca-punca gangguan hormon

Jawapan
i.                    Hormon memainkan peranan penting dalam mengawal keseimbangan sistem badan.
ii.                  Punca-punca gangguan hormon

a. Ketumbuhan kelenjar
-ketumbuhan pada organ yang menghasilkan hormon tersebut;  contoh ketumbuhan kelenjar pituitari (terletak pada otak) meningkatkan hormon tumbesaran terlalu tinggi
b. Makanan dan diet yang tidak betul
-kurang nutrien  tertentu contoh iodin –nutrien daripada makanan laut-hormon kerana kurang iodin
c. penyakit tertentu
-seperti diabetes yang mana tahap gula yang tinggi. Hal ini juga mengganggu hormon
d. Menopaus dan Andropaus
-gangguan hormon  warga emas
e. Stress
- hormon yang dikaitkan dengan stress (kortisol, adrenalin dan noradrenalin0
f. Pencemaran alam
- bahan pencemar mengganggu sistem endokrin