Tuesday, May 17, 2011

Perlembagaan


'Peranan ketua agama penting'
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman dan Muhamad Huzaimi Abdul Ghafar
wananwar@bharian.com.my
2011/05/18

MUHYIDDIN   diiringi Dhammaratana ketika menghadiri  Rumah Terbuka Hari Wesak di Buddhist Maha Vihara di Jalan Berhala, Brickfields  semalam.
MUHYIDDIN diiringi Dhammaratana ketika menghadiri Rumah Terbuka Hari Wesak di Buddhist Maha Vihara di Jalan Berhala, Brickfields semalam.
Muhyiddin mahu keamanan Malaysia menjadi contoh negara luar

KUALA LUMPUR: Pemimpin agama di negara ini perlu memainkan peranan bagi membantu kerajaan mewujudkan suasana aman dan damai dalam negara sekali gus membolehkan rakyat hidup dalam keadaan harmoni, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, peranan pemimpin agama amat penting bagi memupuk perasaan kekitaan di kalangan rakyat yang berbilang kaum dan agama untuk memastikan Malaysia terus kekal sebagai negara aman serta makmur.
Beliau turut melahirkan rasa bangga kerana peranan yang dimainkan pemimpin agama berjaya mewujudkan kedamaian dan keamanan sehingga membolehkan negara mencapai kemajuan.

“Hasilnya, rakyat kita dapat hidup dalam keadaan begitu baik sekali, kita dapat menikmati pembangunan sosial dan ekonomi lebih menyeluruh. Di samping itu, kita dapat memupuk perasaan kekitaan untuk menentukan Malaysia terus kekal menjadi negara yang aman dan makmur,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Wesak di Brickfields di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Sami Tertinggi Buddha Malaysia, Datuk K Sri Dhammaratana; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha; Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk G Palanivel.

Timbalan Perdana Menteri turut menasihatkan rakyat supaya menyuburkan lagi rasa saling hormat-menghormati bagi mengukuhkan perpaduan antara kaum untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan. 
Ini katanya, kerana pengalaman Malaysia yang mampu mengekalkan keamanan dan kemakmuran walaupun mempunyai rakyat berbilang kaum serta agama dikagumi orang luar termasuk pemimpin dunia.

“Pelawat luar kagum melihat keharmonian yang wujud walaupun kita mempunyai masyarakat berbilang kaum dan agama kerana bagi mereka ia sesuatu yang luar biasa,” katanya.

INFO
HARI WESAK


  • Disambut penganut Buddha bagi memperingati hari kelahiran, hari penerimaan wahyu agung dan kematian pengasasnya, Siddharta Gautama Buddha

  • Hari Wesak juga dikenali sebagai Visakah Puja atau Buddha Purnima dan disambut pada bulan Mei setiap tahun ketika bulan penuh.

  • Penganut akan mengunjungi kuil memberi penghormatan kepada Buddha yang dilambangkan melalui pelbagai simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata iaitu relik Buddha dengan menyertai upacara sembahyang, disusuli melepaskan burung merpati sebagai simbol kebebasan.

  • Penganut akan melafazkan semula tiga unsur perlindungan yang terkandung dalam Tisarana iaitu Buddha (agama), Dhamma (undang-undang alam) dan Sangha (disiplin yang perlu dipraktikkan).

  • Memperbaharui lafaz ketaatan kepada lapan perintah Buddha, iaitu melarang pengikutnya membunuh benda hidup, mencuri, berbohong dan gosip, aktiviti seksual yang dilarang, minum minuman keras atau mengambil dadah, makan tanpa mengikut masa, hiburan/tarian/nyanyian, memakai produk kecantikan dan menggunakan kerusi atau katil. 
  • Wednesday, May 4, 2011

    Perundangan


    Calon PRN Sarawak perlu hantar penyata sebelum 30 Mei

    04/05/2011 6:51pm Utusan online 

    KUCHING 4 Mei - Semua calon pilihan raya negeri Sarawak ke-10 diingatkan menghantar penyata dan akaun perbelanjaan pilihan raya sebelum 30 Mei ini.
    Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Sarawak, Wan Fadillah Wan Ahmad berkata, keputusan pilihan raya Sarawak 16 April lepas telah diwarta pada 29 April.
    Katanya, selaras dengan Seksyen 23 (Akta 5), Akta Kesalahan Pilihan raya 1954, penyata dan akaun perbelanjaan pilihan raya bagi calon perlu dihantar ke pejabat SPR Negeri Sarawak dalam tempoh 31 hari, dari tarikh pewartaan keputusan tersebut.
    "Tarikh akhir untuk mengembalikan penyata perbelanjaan adalah pada 30 Mei tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Bernama