Wednesday, March 30, 2011

Kehakiman


Minda Pengarang: Pengamal undang-undang tak beretika cemar imej kehakiman negara


2011/03/30 Berita Harian online

APABILA Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah menegur pengamal undang-undang kelmarin, kita percaya teguran baginda itu tentu ada asasnya, berdasarkan meningkatnya kes tertunggak serta beberapa kejadian menyalahi undang-undang membabitkan golongan berkenaan. Teguran ikhlas yang berupa peringatan dan nasihat daripada seorang yang sentiasa mengikuti perkembangan dunia kehakiman dan perundangan negara itu patut dipandang serius dan diberi perhatian sewajarnya agar segala kelemahan dan kekurangan dalam profesion berkenaan dapat diperbaiki segera. Raja Dr Nazrin kelmarin menasihatkan pengamal undang-undang supaya tidak mempersendakan mahkamah termasuk melengahkan perbicaraan. Baginda yang menyifatkan bidang perundangan sebagai profesion yang dipandang mulia dan mempunyai peradaban, kesopanan dan etika tersendiri tidak sepatutnya dicemari oleh sikap pengamal undang-undang dengan melengahkan perbicaraan atau cuba dengan sengaja menyusahkan pihak lawan. Seperti juga bidang perubatan, perakaunan dan bidang profesional lain, pengamalnya hendaklah mematuhi peraturan dan etika yang dirangka oleh profesion berkenaan sendiri. Namun bidang guaman jika dilaksanakan dengan profesional, boleh menegakkan keadilan kepada pihak yang membuat tuntutan di mahkamah. 

Sebelum ini laporan media massa banyak membangkitkan mengenai kes mahkamah yang tertunggak di negara ini. Sesetengah kes mengambil masa terlalu lama diselesaikan, sehingga pernah wujud satu kes berhubung pemecatan seorang kakitangan kerajaan yang mengambil masa sehingga lebih 26 tahun untuk diselesaikan. Berikutan kes itu, pihak mahkamah meminta pihak berkuasa menetapkan tempoh masa bagi penyelesaian sesuatu kes bagi mengelak berulangnya kes sedemikian. Dalam hubungan ini, semua pihak berkaitan perlu memainkan peranan dan bersedia menjalankan kes sehingga selesai, termasuk mahkamah, peguam bela dan pendakwa raya. Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi pernah dilaporkan sebagai berkata, berdasarkan kajian selama sebulan oleh mahkamah di Semenanjung, 80 peratus penangguhan kes sering dilakukan oleh pihak tertuduh, peguam atau pendakwa raya. Jika ini menjadi puncanya, maka adalah wajar pihak yang dituduh melakukan pemilihan peguam yang sanggup mewakilinya dengan berkesan serta mampu mengendalikan kes berkenaan kerana andainya peguam yang dilantik tidak mampu membela tertuduh, perbicaraan akan terganggu dan akhirnya ditangguhkan.

Monday, March 21, 2011

PERUNDANGAN


Dr. Mashitah dilantik semula jadi Ahli Dewan Negara

21/03/2011 2:41pm Utusan online

KUALA LUMPUR 21 Mac — Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang dilantik semula sebagai Ahli Dewan Negara bagi satu penggal lagi, hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Ketika mengalu-alukan pelantikan semula Dr Mashitah itu, Abu Zahar berharap beliau dapat meneruskan perkhidmatan dengan bertanggungjawab dan menunjukkan prestasi yang baik dan berkredibiliti dalam memantap dan memasyarakatkan Dewan yang mulia.
Abu Zahar juga mengingatkan semua ahli Dewan Negara supaya tidak terlalu beremosi ketika berada di dalam dewan yang boleh merosakkan nilai dan pengaruh Dewan Negara.
Upacara mengangkat sumpah itu turut disaksikan 19 Ahli Dewan Negara antaranya ialah Senator Datuk Mustaffa Kamal Mohd Yusoff dan Senator Datuk Daljit Singh Dalliwal. — Bernama

Thursday, March 17, 2011

Kehakiman : Peguam Syariah


Friday March 18, 2011

KL Syarie lawyers must be Muslims

By M. MAGESWARI
mages@thestar.com.my

Kehakiman: Bidang kuasa Mahkamah Syariah


GLC diseru jelaskan zakat perniagaan

KUALA LUMPUR 17 Mac - Syarikat milik kerajaan (GLC) diminta menjelaskan zakat perniagaan masing-masing supaya kutipan tersebut dapat digunakan untuk membantu pembangunan masyarakat di negara ini.
Menurut Pengerusi MAIWP, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, terdapat 194 GLC di negara ini namun, hanya 45 daripadanya membuat pembayaran pada tahun lalu.
"Pusat Pungutan Zakat MAIWP menyasarkan untuk meningkatkan 10 peratus kutipan zakat pada tahun ini khususnya zakat perniagaan daripada GLC," katanya pada Majlis Penyerahan Wang Zakat Lembaga Tabung Haji di sini semalam.
Sebanyak RM5.7 juta zakat perniagaan tahun ini diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ismee Ismail kepada Pengerusi Pusat Pungutan Zakat MAIWP, Datuk Mustafa Abd. Rahman.
Sementara itu, Jamil Khir berkata, setakat Januari ini, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) berjaya mengutip zakat peniagaan sebanyak RM799,731.10.
Menurutnya, peningkatan 42 peratus daripada RM563,519.17 pada Januari tahun lalu itu adalah berikutan pertambahan 23 peratus bilangan pembayar daripada 145 kepada 179 orang.
Katanya, sebanyak 26 program bantuan berbentuk keperluan jangka pendek dan jangka panjang akan dijalankan MAIWP melalui Baitulmal-MAIWP untuk mereka yang layak menerima zakat tersebut.
Menurutnya, bantuan jangka panjang adalah dalam bentuk pendidikan seperti penubuhan Institut Profesional Baitulmal (IPB) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB).
Sementara bantuan jangka pendek pula jelas beliau, termasuklah bantuan keperluan asas seperti perlindungan, makanan, pakaian dan perubatan.

Utusan online 17/3/2011

Tuesday, March 15, 2011

CUTI-CUTI BELAJAR

SMK KEPONG
UNIT PENGAJIAN AM
PROGRAM CUBE : MAC 2011

ü Tugasan:  FOLIO BERITA PENTADBIRAN
ü Jenis Tugasan: Individu
ü Penerangan:

A.   Arahan tugasan
1.     Dapatkan keratan akhbar dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu:
- minimum 3 keratan berita mengenai Kerajaan Persekutuan
-minimum 3 keratan berita mengenai mana-mana  Kerajaan Negeri
-minimum 3 keratan  berita mengenai mana-mana Kerajaan Tempatan
2.     Gunting dan lekatkan dalam folio anda mengikut kelasnya (Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, dan Kerajaan Tempatan)
-satu berita satu muka surat.
-tuliskan sumber berita tersebut (Contoh: Berita Harian 10/3/2011)
3.     Tulis (dengan tangan) ulasan / rumusan  mengenai setiap berita tersebut dengan menggunakan lebih kurang 50 patah perkataaan dalam Bahasa Melayu di ruangan bawah berita.

B.   Muka depan folio hendaklah mengandungi maklumat:
- nama sekolah
- nama mata pelajaran (Pengajian Am)
-tajuk tugasan
-nama guru subjek
-nama pelajar dan kelas
* tulisan tangan atau bertaip.
C.   Kandungan folio
1.     Muka depan
2.     Muka surat kandungan
3.     Berita-berita dan ulasannya

D.     Tarikh hantar: 21 Mac 2011.

Monday, February 28, 2011

Perlantikan ahli suruhanjaya


Keluarga Beng Hock tidak hormati Agong - Bekas hakim

28/02/2011 5:58pm

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Keluarga Teoh Beng Hock jelas tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong kerana memulaukan suruhanjaya yang menyiasat kematian beliau, kata seorang bekas hakim Mahkamah Rayuan.
Datuk Shaik Daud Ismail hari ini berkata, semua pihak yang terlibat dengan suruhanjaya siasatan itu harus mengiktiraf dan mengormatinya kerana ia ditubuhkan dengan titah perintah Seri Paduka Baginda.
"Semua pihak ini harus memberi kepercayaan dan menunjukkan rasa hormat yang sewajarnya. Kita perlu ingat bahawa ia ditubuhkan oleh Yang di-Pertuan Agong, ia bukannya ditubuhkan oleh Perdana Menteri.
"Memanglah, Perdana Menteri boleh mencadangkan si polan dan si polan dilantik tetapi Yang di-Pertuan Agong boleh menolaknya jika Seri Paduka Baginda mahukan orang lain,” katanya kepada Bernama berhubung isu mengenai tindakan keluarga Teoh menarik diri daripada siasatan oleh suruhanjaya itu.
Adik perempuan dan abang Beng Hock serta ibu bapa mereka bersama dua peguam keluarga itu bertindak keluar daripada prosiding suruhanjaya itu pada 16 Februari lepas kerana dua permohonan mereka supaya ianya ditangguhkan telah ditolak.
Beng Hock, 30, pembantu khas kepada seorang anggota exco kerajaan negeri, ditemui mati di Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai 2009 selepas disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Selangor yang berpejabat di bangunan itu.
Shaik Daud, yang bersara pada 2001, ketika ditanya sama ada mereka yang tidak menghormati suruhanjaya itu, juga tidak menghormati Raja, berkata : “Ya, kita harus menghormati suruhanjaya ini kerana ia dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Biarlah ia jalankan tugasnya.”
Katanya beliau tidak faham kenapa keluarga Teoh mengambil tindakan memboikot itu sedangkan merekalah yang bersungguh-sungguh meminta dan mendesak supaya suruhanjaya itu ditubuhkan tetapi mereka menarik diri padahal suruhanjaya itu belumpun lagi memulakan tugasnya. - Bernama

Saturday, February 26, 2011

kehakiman


Khidmat guaman percuma bagi gaji kurang RM2,000
Oleh Johari Ibrahim dan Magendran Rajagopal
bhnews@bharian.com.my
2011/02/26

 NAJIB   menyampaikan watikah   kepada  Azman   pada majlis penyerahan watikah pelantikan Panel Penilaian Operasi dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, semalam sambil disaksikan   Wong   (kiri),  Dr Lim Kok Wing (tengah) dan   Johan.
NAJIB menyampaikan watikah kepada Azman pada majlis penyerahan watikah pelantikan Panel Penilaian Operasi dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, semalam sambil disaksikan Wong (kiri), Dr Lim Kok Wing (tengah) dan Johan.
Hasrat kerajaan memastikan keadilan dinikmati sama rata 

PUTRAJAYA: Warga negara berpendapatan kurang RM2,000 sebulan yang menghadapi perbicaraan mahkamah kini boleh mendapatkan khidmat bantuan guaman percuma apabila Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), dilancarkan semalam.
Bantuan guaman itu termasuk pesalah kanak-kanak, tertuduh Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan tertuduh bagi jenayah syariah yang sebelum ini disediakan Majlis Peguam menerusi Pusat Bantuan Guaman.



Bagaimanapun, khidmat percuma itu tidak meliputi kesalahan yang membawa hukuman mati. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata yayasan usaha sama kerajaan dan Majlis Peguam berbentuk badan kebajikan itu sekali gus dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk memastikan keadilan dinikmati sama rata oleh semua rakyat Malaysia, seperti diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan. 

“Menerusi YBGK, khidmat bantuan guaman dan khidmat nasihat boleh diberi kepada semua warga negara sama ada berkemampuan atau tidak bagi semua jenis kesalahan jenayah, pada peringkat tangkapan, reman dan permohonan ikat jamin. 

"(Bagaimanapun) ujian kemampuan (membayar khidmat) hanya akan dijalankan untuk menentukan kelayakan penerima bantuan guaman pada peringkat perbicaraan mahkamah saja. 
"Ini akan membantu golongan kurang mampu mendapatkan pembelaan kerana kesamarataan keadilan adalah prasyarat kepada negara serta rakyat yang maju dan berjaya," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran YBGK di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini semalam. 

Perdana Menteri juga tersentuh apabila dimaklumkan kira-kira 80 peratus orang kena tuduh (OKT) dalam kes jenayah tidak mempunyai peguam untuk membela kerana tidak mampu membayar yuran guaman tinggi. 

YBGK mempunyai 12 anggota lembaga pengarah yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. 

Perdana Menteri berkata kerajaan memberi geran pelancaran RM5 juta kepada yayasan sebagai tanda sokongan untuk membiayai operasinya. 

Sementara itu, BERNAMA melaporkan, sembilan anggota Panel Penilaian Operasi (PPO) dan 12 anggota Panel Perunding dan Pencegahan Rasuah (PPPR) Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) menerima watikah pelantikan mereka daripada Najib di sini semalam. 

Mereka termasuk bekas Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Datuk Seri Azman Ujang yang dilantik semula dan muka baru, penulis blog ''Outsyed The Box'' Syed Akbar Ali. Bagi PPPR, ada empat lagi muka baru iaitu Pengerusi Media Prima Bhd, Datuk Johan Jaaffar; Presiden Universiti Limkokwing Tan Sri Dr Lim Kok Wing dan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia, Datuk N Marimuthu, manakala dilantik semula ialah Ketua Pengarang Kumpulan Star Publications (M) Bhd, Datuk Seri Wong Chun Wai.