Sunday, April 3, 2011
Friday, April 1, 2011
PERUNDANGAN
Persempadanan: SPR tunggu masa
2011/04/02 Berita Harian online
Kawasan baru pilihan raya ambil dua tahun PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melaksanakan proses persempadanan semula bahagian pilihan raya Parlimen dan negeri selepas kali terakhir ia dilaksanakan pada Mac 2003.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata persempadanan semula itu perlu dilakukan sekurang-kurangnya selepas lapan tahun selaras dengan peruntukan Perkara 113 (2) Perlembagaan Persekutuan.
“SPR sudah boleh mula sekarang tetapi SPR sedang menunggu masa yang sesuai serta lapang kerana sebaik tarikh urusan persempadanan ditetapkan ia perlu diselesaikan dalam tempoh dua tahun," katanya dalam temuramah dengan BERNAMA dan RTM di sini, semalam.
Abdul Aziz berkata, selepas lima kali urusan persempadanan dijalankan, belum ada sebarang pelanggaran Prinsip-Prinsip Persempadanan yang ditetapkan oleh Perlembagaan dilakukan SPR.
"Apa yang dilakukan SPR seboleh-bolehnya sesuatu bahagian pilihan raya itu sama ada Parlimen atau negeri diletakkan dalam satu daerah pentadbiran yang sama kecuali bagi beberapa bahagian pilihan raya tertentu yang mana jumlah pemilih berkurangan," katanya.
Bagi masalah itu, Abdul Aziz berkata, SPR terpaksa mewujudkan satu bahagian pilihan raya Parlimen dari dua daerah pentadbiran berlainan terutama di bahagian pilihan raya Parlimen di Sabah dan Sarawak, namun tindakan itu dianggap tidak melanggar Prinsip-Prinsip Persempadanan.
Ditanya mengenai negeri mana yang perlu menjalani persempadanan, beliau berkata semua negeri dilihat perlu menjalani proses itu, secara kasarnya di negeri-negeri yang mempunyai Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai jumlah kerusi yang genap.
“Jadi SPR mengalu-alukan sebarang cadangan daripada semua pihak mengenainya. Semua pihak termasuk parti politik boleh memberikan cadangan atau saranan untuk dipertimbangkan, namun keputusan muktamad di tangan SPR," katanya.
Beliau berkata, empat prinsip persempadanan yang ditetapkan ialah kemudahan diadakan bagi pemilih mengundi ketika pilihan raya dan bahagian pilihan raya tidak melanggar sempadan negeri.
Kedua, mengambil kira kemudahan pentadbiran yang boleh didapati dalam bahagian pilihan raya itu untuk mengadakan jentera yang perlu bagi pendaftaran dan pengundian.
“Jumlah pemilih yang seimbang bagi setiap bahagian pilihan raya dalam sesuatu negeri kecuali apabila terdapat kesukaran perhubungan dan pengangkutan yang dihadapi di luar bandar, luas bahagian pilihan raya patut diberi pertimbangan selain mengekalkan hubungan masyarakat tempatan," katanya.
Bagaimanapun, Abdul Aziz berkata, proses persempadanan semula itu masih bergantung kepada persetujuan dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat untuk kerusi Parlimen dan Dewan Negeri bagi kerusi DUN.
Wednesday, March 30, 2011
Kehakiman
Minda Pengarang: Pengamal undang-undang tak beretika cemar imej kehakiman negara
2011/03/30 Berita Harian online
APABILA Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah menegur pengamal undang-undang kelmarin, kita percaya teguran baginda itu tentu ada asasnya, berdasarkan meningkatnya kes tertunggak serta beberapa kejadian menyalahi undang-undang membabitkan golongan berkenaan. Teguran ikhlas yang berupa peringatan dan nasihat daripada seorang yang sentiasa mengikuti perkembangan dunia kehakiman dan perundangan negara itu patut dipandang serius dan diberi perhatian sewajarnya agar segala kelemahan dan kekurangan dalam profesion berkenaan dapat diperbaiki segera. Raja Dr Nazrin kelmarin menasihatkan pengamal undang-undang supaya tidak mempersendakan mahkamah termasuk melengahkan perbicaraan. Baginda yang menyifatkan bidang perundangan sebagai profesion yang dipandang mulia dan mempunyai peradaban, kesopanan dan etika tersendiri tidak sepatutnya dicemari oleh sikap pengamal undang-undang dengan melengahkan perbicaraan atau cuba dengan sengaja menyusahkan pihak lawan. Seperti juga bidang perubatan, perakaunan dan bidang profesional lain, pengamalnya hendaklah mematuhi peraturan dan etika yang dirangka oleh profesion berkenaan sendiri. Namun bidang guaman jika dilaksanakan dengan profesional, boleh menegakkan keadilan kepada pihak yang membuat tuntutan di mahkamah. Sebelum ini laporan media massa banyak membangkitkan mengenai kes mahkamah yang tertunggak di negara ini. Sesetengah kes mengambil masa terlalu lama diselesaikan, sehingga pernah wujud satu kes berhubung pemecatan seorang kakitangan kerajaan yang mengambil masa sehingga lebih 26 tahun untuk diselesaikan. Berikutan kes itu, pihak mahkamah meminta pihak berkuasa menetapkan tempoh masa bagi penyelesaian sesuatu kes bagi mengelak berulangnya kes sedemikian. Dalam hubungan ini, semua pihak berkaitan perlu memainkan peranan dan bersedia menjalankan kes sehingga selesai, termasuk mahkamah, peguam bela dan pendakwa raya. Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi pernah dilaporkan sebagai berkata, berdasarkan kajian selama sebulan oleh mahkamah di Semenanjung, 80 peratus penangguhan kes sering dilakukan oleh pihak tertuduh, peguam atau pendakwa raya. Jika ini menjadi puncanya, maka adalah wajar pihak yang dituduh melakukan pemilihan peguam yang sanggup mewakilinya dengan berkesan serta mampu mengendalikan kes berkenaan kerana andainya peguam yang dilantik tidak mampu membela tertuduh, perbicaraan akan terganggu dan akhirnya ditangguhkan.
Monday, March 21, 2011
PERUNDANGAN
Dr. Mashitah dilantik semula jadi Ahli Dewan Negara
21/03/2011 2:41pm Utusan online
KUALA LUMPUR 21 Mac — Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang dilantik semula sebagai Ahli Dewan Negara bagi satu penggal lagi, hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Ketika mengalu-alukan pelantikan semula Dr Mashitah itu, Abu Zahar berharap beliau dapat meneruskan perkhidmatan dengan bertanggungjawab dan menunjukkan prestasi yang baik dan berkredibiliti dalam memantap dan memasyarakatkan Dewan yang mulia.
Abu Zahar juga mengingatkan semua ahli Dewan Negara supaya tidak terlalu beremosi ketika berada di dalam dewan yang boleh merosakkan nilai dan pengaruh Dewan Negara.
Upacara mengangkat sumpah itu turut disaksikan 19 Ahli Dewan Negara antaranya ialah Senator Datuk Mustaffa Kamal Mohd Yusoff dan Senator Datuk Daljit Singh Dalliwal. — Bernama
Thursday, March 17, 2011
Kehakiman : Peguam Syariah
Friday March 18, 2011
KL Syarie lawyers must be Muslims
By M. MAGESWARI
mages@thestar.com.my
KUALA LUMPUR: A non-Muslim counsel cannot practise as a Syarie lawyer in Kuala Lumpur, a High Court ruled in a landmark case.
Victoria Jayaseelee Martin, 49, lost in her bid to challenge the requirement that a Syarie lawyer in Kuala Lumpur must be a Muslim.
Yesterday, High Court (Appellate and Special Powers) judge Justice Rohana Yusuf dismissed the application by Victoria to compel the Federal Territory Islamic Religious Council to admit her as a Syarie lawyer.
Justice Rohana also dismissed a preliminary objection by the Council against Victoria’s judicial review application that the civil court has no jurisdiction to decide the matter.
“The requirement (for a Syarie lawyer to be) of Muslim faith is necessary to ensure the effectiveness of legal representation,” Justice Rohana ruled in her judgment yesterday.
Justice Rohana held that Rule 10 of the Peguam Syarie Rules 1993 was made within the legislative powers of the Council.
She said Parliament had given the Council powers to use its discretion to admit any person who had sufficient Syariah law knowledge.
Justice Rohana ordered each party to bear their own costs as the issue involved public interest.
Senior Federal Counsel Arik Sanusi Yeop Johari said the court ruling showed that the Federal Constitution had given the respective states the authority to legislate on the administration of Islamic law.
Victoria’s lead counsel Ranjit Singh said his client would appeal against the court ruling as the case concerned constitutional rights.
In her application filed on May 19 last year, Victoria sought a declaration that Rule 10 of the Peguam Syarie Rules 1993, which mandates that only Muslims be accepted as Syarie lawyers, was beyond the powers of the Administration of Is la mic Law (Federal Territories) Act 1993.
Kehakiman: Bidang kuasa Mahkamah Syariah
GLC diseru jelaskan zakat perniagaan
KUALA LUMPUR 17 Mac - Syarikat milik kerajaan (GLC) diminta menjelaskan zakat perniagaan masing-masing supaya kutipan tersebut dapat digunakan untuk membantu pembangunan masyarakat di negara ini.Menurut Pengerusi MAIWP, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, terdapat 194 GLC di negara ini namun, hanya 45 daripadanya membuat pembayaran pada tahun lalu.
"Pusat Pungutan Zakat MAIWP menyasarkan untuk meningkatkan 10 peratus kutipan zakat pada tahun ini khususnya zakat perniagaan daripada GLC," katanya pada Majlis Penyerahan Wang Zakat Lembaga Tabung Haji di sini semalam.
Sebanyak RM5.7 juta zakat perniagaan tahun ini diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ismee Ismail kepada Pengerusi Pusat Pungutan Zakat MAIWP, Datuk Mustafa Abd. Rahman.
Sementara itu, Jamil Khir berkata, setakat Januari ini, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) berjaya mengutip zakat peniagaan sebanyak RM799,731.10.
Menurutnya, peningkatan 42 peratus daripada RM563,519.17 pada Januari tahun lalu itu adalah berikutan pertambahan 23 peratus bilangan pembayar daripada 145 kepada 179 orang.
Katanya, sebanyak 26 program bantuan berbentuk keperluan jangka pendek dan jangka panjang akan dijalankan MAIWP melalui Baitulmal-MAIWP untuk mereka yang layak menerima zakat tersebut.
Menurutnya, bantuan jangka panjang adalah dalam bentuk pendidikan seperti penubuhan Institut Profesional Baitulmal (IPB) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB).
Sementara bantuan jangka pendek pula jelas beliau, termasuklah bantuan keperluan asas seperti perlindungan, makanan, pakaian dan perubatan.
Utusan online 17/3/2011
Tuesday, March 15, 2011
CUTI-CUTI BELAJAR
SMK KEPONG
UNIT PENGAJIAN AM
PROGRAM CUBE : MAC 2011
ü Tugasan: FOLIO BERITA PENTADBIRAN
ü Jenis Tugasan: Individu
ü Penerangan:
A. Arahan tugasan
1. Dapatkan keratan akhbar dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu:
- minimum 3 keratan berita mengenai Kerajaan Persekutuan
-minimum 3 keratan berita mengenai mana-mana Kerajaan Negeri
-minimum 3 keratan berita mengenai mana-mana Kerajaan Tempatan
2. Gunting dan lekatkan dalam folio anda mengikut kelasnya (Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, dan Kerajaan Tempatan)
-satu berita satu muka surat.
-tuliskan sumber berita tersebut (Contoh: Berita Harian 10/3/2011)
3. Tulis (dengan tangan) ulasan / rumusan mengenai setiap berita tersebut dengan menggunakan lebih kurang 50 patah perkataaan dalam Bahasa Melayu di ruangan bawah berita.
B. Muka depan folio hendaklah mengandungi maklumat:
- nama sekolah
- nama mata pelajaran (Pengajian Am)
-tajuk tugasan
-nama guru subjek
-nama pelajar dan kelas
* tulisan tangan atau bertaip.
C. Kandungan folio
1. Muka depan
2. Muka surat kandungan
3. Berita-berita dan ulasannya
D. Tarikh hantar: 21 Mac 2011.
Subscribe to:
Posts (Atom)