Kertas 2: Bahagian C
“…Perkataan “Hormon” begitu sinonim dengan proses tumbesaran manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Hormon ialah bahan biokimia yang dihasilkan daripada semua kelenjar di dalam badan kita. Semua orang maklum bahawa hormon memainkan peranan penting dalam mengawal keseimbangan sistem dalam badan kita . Ketidakseimbangannya boleh menyebabkan pelbagai masalah yang ada kalanya sukar untuk dirawat atau dicegah walaupun dengan perubatan moden. “
(Di petik dan diubahsuai daripada Dewan Kosmik, “Gangguan Paras Hormon”, Mac 2009)
i. Apakah peranan penting hormon dalam badan manusia.?
ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan ,jelaskan punca-punca gangguan hormon
Jawapan
i. Hormon memainkan peranan penting dalam mengawal keseimbangan sistem badan.
ii. Punca-punca gangguan hormon
a. Ketumbuhan kelenjar
-ketumbuhan pada organ yang menghasilkan hormon tersebut; contoh ketumbuhan kelenjar pituitari (terletak pada otak) meningkatkan hormon tumbesaran terlalu tinggi
b. Makanan dan diet yang tidak betul
-kurang nutrien tertentu contoh iodin –nutrien daripada makanan laut-hormon kerana kurang iodin
c. penyakit tertentu
-seperti diabetes yang mana tahap gula yang tinggi. Hal ini juga mengganggu hormon
d. Menopaus dan Andropaus
-gangguan hormon warga emas
e. Stress
- hormon yang dikaitkan dengan stress (kortisol, adrenalin dan noradrenalin0
f. Pencemaran alam
- bahan pencemar mengganggu sistem endokrin